Thursday, March 26, 2015

Nukilan Sang Pencinta

Assalamualaikum..setelah sekian lama blog 'warna warni kehidupan' ku jengah semula. Sudah hampir 4 tahun berlalu aku tidak menukilkan ceritera. Kini genap 4 tahun aku bergelar 'isteri orang'. Namun rezeki anak belum kunjung tiba lagi untuk aku bergelar 'mak orang'. Apapun, lumrah kehidupan pasti ada pasang surutnya. Itulah namanya kehidupan. Allah swt tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita. Ujian & dugaan yang mendatang sebagai tanda ketabahan hati & ketahanan diri kita serta simbol kasih sayang Allah swt ke atas diri kita. Kehidupan sebagai seorang isteri banyak mengajarku erti kesabaran & bertolak ansur antara satu sama lain. Syukur alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang amat memahami & sentiasa bersabar dengan setiap karenah isteri nya ini. Hehe..Disebalik keceriaan wajah suami ku yang tenang & ceria, aku tahu jauh di sudut sanubarinya mengimpikan anugerah Cahayamata yang terindah yang akan menceriakan hari dengam gelak tawa mahupun tangisan si kecil yang ingin dibelai dengan penuh kasih sayang & cinta yg tulus ikhlas tiada penghujungnya. Namun, rezeki anugerah anak tiada sesiapa yang boleh menduga. Allah swt yang Maha BerKuasa Mutlak ke atas aturan kehidupan kita. Kita hanya mampu merancang & berusaha. Allah swt yang menentukan takdir hidup kita. Pelbagai ikhtiar telah dicuba. Kini aku menyerahkan takdir hidupku ke atas Tuhan Yang Maha Esa. Doa-doa tulus ikhlas ku pohon agar rumahtangga kami diberkati sentiasa hendaknya & dianugerahkan Rezeki Cahayamata Yang Terindah yang akan mendoakan ibu bapanya hingga ke Syurga suatu hari nanti. InsyaAllah..Amin..

No comments:

Post a Comment