Friday, November 19, 2010

~Makan Day di Satu Hari Di Hari Raya~

Seronok kan bila tibanya hari raye.Bukan apa hari raye hari untuk kita makan sampai kenyang.Macam tu jugak dengan aku pada hari raye yang lepas.Walaupun sedih kerana terpaksa beraye haji di perantauan,nasib baik ada seseorang yang sudi ajak pergi beraye same2 kat kampung changkat.

Teringat kat mak & ayah kat sarikei bile time makan rendang yang pak salleh buat.Kalau nak tahu Salleh tu name bapa die.Tukang masak rendang kat kampung changkat.Pernah aku tanye resepi buat rendang tu sebab lain daripada yang lain rasanye.Kuahnye pekat & yg bestnye tak pernah buat aku sakit perut.Kalau makan rendang yang orang lain buat conform perut aku ni 'menyanyi irama hit hop silap hari bulan mix dengan irama dangdut sekali'..hehe.Tapi orangnye tak nak bagi tahu.Katanye rahsia turun temurun keluarga.Mak&ayah suka sangat makan rendang yang pak salleh buat time hari raya hari tu.Siap suruh bawak lagi lain kali.InsyaAllah..mak..ayah..lain kali kalau yak balik sarikei,yak bawak rendang pak salleh lagi yerk.

Seronok beramah mesra dengan keluarga pak salleh.Yang pastinya dapat makan sodap2..hehe..Hari tu kitaorang makan rendang daging,sup tulang daging,sambal tempoyak udang,ayam goreng,ikan cencaru bakar..yummy yummy..p/s: masakan colour hijau@sayur-sayuran takde sebab famili pak salleh tak suke makan sayur.Semua masakan seperti ala-ala masakan minang.Pedas-pedas belaka.Lidah aku pun dah jadi terbiasa gak bila menjamu makan pedas2.Lagipun asal usul keluarga pak salleh ni ade celup2 dari minang gak.Mesti best kan kalau dapat menjamu sekali bersama keluarga kat sarikei.Rindu nye kat mak & ayah kat kampung...uhukuhuk..

Ade gak kengkawan jemput datang ke rumah beraye hari tu.Minta maaf banyak2 coz tak sempat nak pegi hari tu.

Nasib baik ade gak kengkawans yang keje kat ofis 2 hari yang lepas.Walaupun ofis sunyi sepi tanpa orang tapi tetap bingit dengan panggilan hangit&tetamu tak diundang kat kaunter.Alhamdullilah.Sempat merasa lagi rendang kak errin ku..p/s: sebutan rrr tu kene tebal sikit sebab lidah orrang sarawak katakan..hehe.Die bawak khas dari kampung kat pasir gudang,johor 2 hari yang lepas.Boleh tahan gak rasenye.Manis je rase rendang nye macam orgnye jugak..hehe.Kalau kak errin dengar ni pasti die tersenyum&tersengih2 sampai ke telinga gitu.

Begitulah berakhirnya Makan Day di Satu Hari Di Hari Raya.Tak sabar nak tunggu next week.Sebab ramai ofismates balik daripada cuti raye next week.Kita makan2 lagi yerk..haha..(^_^)

Saturday, November 13, 2010

~ Ku Ada Kamu by Adira~



LIRIK LAGU KU ADA KAMU – ADIRA

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Monday, November 8, 2010

~Bicara hati seorang anak~

"Mungkin dapat ko ingat setiap kali masuk universiti nak ambik konvo ijazah & diikuti terima tawaran kat kl mak fkr pjg2..walaupun perit dilalui..dgn linangan air mata dgn apa cara sekali pun ianya tetap diteruskan&sekali tok ade perkara lagi akan kita lalui..Allah mendengar rintihan kita sebab apa yang kita nak lalui ini adalah Ketentuan Allah swt." Itulah kata2 hati seorang ibu terhadap anaknya.

Rasa sedih bila mengenangkan pergorbanan mak terhadap diriku&adik-adikku selama ini.Aku masih ingat lagi bila aku&adik-adikku sakit, mak yang gusar sekali mencari penawarnya.Maklah ibu..maklah ayah.Ketika itu,ayah selalu outstation.Bila hujan turun dengan lebat diiringi dengan guruh yang berdentum.Mak tetap setia berada di samping kami.Berjaga malam takut anak2nya terjaga.Takut nyamuk melewati badan anak2nya.

Tidak termampu untukku membalas segala pergorbanan&kasih sayang yang telah  mak curahkan ke atas diriku dan adik-adikku.Hanya Allah swt yang mampu membalas segala kebaikan mak selama menjagai aku dan juga adik-adikku.Maafkan kami kerana banyak menyusahkan & membebankan mak selama ini..selalu menyebabkan mak menangis..selalu menyakitkan hati mak.

Sekalung doa ku hadiahkan buat mak&ayah yang sangat ku sayangi.
Semoga Cahaya Iman&Kasih Sayang Allah swt sentiasa mengiringi perjalanan mak&ayah di Hamparan Terindah Ciptaan Ilahi. (~_~)

~ku pujuk hati..tapi air mata tetap jatuh juga~

Sebulan lalu aku apply tiket free dr jabatan aku.Almaklum,jabatan tpt aku keje bagi tiket free sekali setahun.Raya ni aku tak guna tiket tu sebab balik berdua.Takut nanti time balik tak sama.Tapi tadi admin kat jabatan aku baru bgtau tiket free untuk kitaorg balik sabah ataupun sarawak kene 'freeze' gara2 jabatan xde budget.Aku memang dah agak dah.Tapi nak buat macam mane dah jabatan xde duit.

Yang paling aku rasa terkilan sgt2 sebab nape tak bagitau awal2.Taklah aku apply tiket free tu.Sempat lagi kalau nak book tiket time tu.Kene faham jugak situasi 'orang jauh' macam aku ni.Bukan setakat 'naik belon' je terus sampai rumah kene transit 3-6 jam naik bot ataupun bas baru sampai rumah.Tadi aku bagitau kat mak aku,dia macam tak percaya je.'Keje kat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bawah 'Federal' pulak tu tapi sikkan 'jabatan besar' tempat ko keje sik da budget.Bandaraya besar.'Pas tu dengarlah mak aku tu berleter panjang.Bukan ape aku balik ni pun atas permintaan mak aku.Sebab aku tahu raya hari tu aku da cuti lama kesian dengan kengkawan dlm group aku nanti.Takkan raya haji pun aku nak bercuti lame.Tapi, nak buat macam mane.Takkanlah sanggup nak menolak permintaan mak sendiri.

Sebelum berangkat balik ke kl lepas raya hari tu mak sempat berpesan..'Raya haji kelak jangan sik balik.Banyak perkara penting yang mak nak bincang dengan ko.Mak sik mampu nak fikir&buat semua tu seorang diri..kudrat seorang diri.Jangan lupe embak rendang daging macam jamal berik raya lepas.Tempoyak pun embak juak.Kat sarikei bukan musim durian,sik adalah tempoyak.Teringin mak maok makan.Mak pun rindu juak nak rasa masakan ko.Bila agik kita boleh berkumpul sama2.'Bila aku ingat balik kata-kata mak tu,apa lagi luluhlah rasa hati aku.Tadi pun mak asyik ulang bende yang same.Aku cuba pujuk hati aku untuk 'kuat' tapi tak tertahan rasa sebak hati aku ni..tapi air mata tetap jatuh juga.Aku cuma harap mak bersabar&tunggu akhir bulan satu tahun depan sebab aku balik ke kampung nanti.InsyaAllah time tu nanti aku balik berteman.

Mungkin ade hikmah disebalik apa yang ditentukan ini.Aku cuma harap kesudahannya baik2 saja nanti.Banyak betul perkara berlaku pada penghujung tahun ini.Kadang-kadang aku rasa 'sesak' sangat hati aku menanggung seorang diri.Tapi nak buat macam mane.Aku takde abang ataupun kakak untuk mengadu.Akulah 'abang' & aku jugalah 'kakak' dlm keluarga aku.Apapun aku kene cari jalan penyelesaian sendiri.Aku percaya Allah swt sentiasa berada di sisi kita bila kita disaat kesulitan.Orang lain yang sekadar melihat situasi kita takkan memahami kesulitan keadaan kita kecualilah mereka sendiri mengalaminya.Orang hanya akan ingat kita mungkin 'manja' sangat dengan mak ataupun ayah kita sebab asyik nak balik kampung.Tapi sebaliknya ade amanah yang terpaksa dipikul yang orang lain takkan tahu betapa peritnya amanah yang dipikul itu.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.Aku tetap bersabar walaupun saat ini aku rasa terkilan&sedih sangat2. :(

"Maafkan yak, mak sebab sik dapat balit bukan sebab sengaja tapi keadaan sik mengizinkan yak untuk balik.Mak bersabar yerk tunggu hujung bulan januari tahun depan.." 

Saturday, November 6, 2010

~My top 5 heroin jelita malaysia~

~Top 1 - Vanida Imran~
Sejak dari dulu lagi aku minat tengok lakonan die..bersahaja..tak nampak 'dibuat-buat.'Almaklumla sekarang ni ramai sangat pelakon 'plastik.'First time tengok die berlakon filem 'Perempuan Melayu Terakhir.'Walaupun citer filem tu 'tak banyak cakap' tapi vanida ni pandai sangat menghayati emosi.Kalau die bawa 'watak sedih', kita pun boleh 'terasa kesedihannya.'Dalam filem 'Sepi'..watak die yang 'lembah-lembut,sopan-santun&berbudi bahasa' best sangat2.Lagi bertambah 'sweet&cute' bile 'bercouple' dengan afdlin shauki tu..Lagi satu aku suke kat die ni sebab die fasih berbahasa inggeris.Kalau tak masakan die bole bawak 'watak heroin' dalam filem Red Kebaya..sumer pakej lengkap.Vanida Imran you're still No. 1 dalam list My top 5 heroin malaysia..ahaks(^_^)

~Top 2 - Rita Rudaini~
Yang ini pulak aku suka sebab macam-macam watak die bole bawak."Watak isteri jahat' boleh..'watak orang kampung' pun boleh..lakonan die pun 'simple' je tapi 'menyengat.'Yang terbaru suke tengok die berlakon 'watak jahat' dalam mostly drama tv3.Time die berlakon 'watak romantik' pun boleh tahan jugak.Dalam citer drama tv2 suatu masa dulu..kalau tak silap drama 'Akulah Kekasihmu'..opps silap 'Kau Kekasihku' adaptasi daripada novel..kalau silap tolong perbetulkan yerk..Yang penting lakonan die 'hidup' tak dibuat2..ahaks(^_^)

~Top 3 - Noor Khiriah~
Yang ini lagi serba boleh.Kau bagi saje watak ape.Semua die bole buat.Jadi pelawak pun  boleh jugak.Tapi..kalau 'watak orang kaya' tu kureng ngam kat die.Suke tengok lakonan die bile kene 'dera.'Menjadi kadang2 bole buat 'menangis' jadinya.Yang paling 'terkesan tak bole lupe' lakonan die dengan ijoy,suami sharifah shahira tu suatu masa dulu.Watak isteri didera mak mertua kalau tak silap.Memang 'berkesan' lah lakonan die.Die berlakon pun tak banyak skrip tapi lebih banyak 'bermain dengan emosi..'(p/s macam pengkritik filem@drama lah pulak)Anyway..aku memang tak 'miss' tengok bile die ade berlakon kat tv tuh..ahaks(^_^)

~Top 4 - Nasha Aziz~
Yang ini aku suke tengok lakonan die dalam drama 'Kutub Utara Kutub Selatan' suatu masa dulu..sebelum diganti dengan Rita Rudaini.Romantik sangat2 lakonan die dengan Hans Isaac masa tu.Lagi aku suke tengok 'watak gangster' die dalam filem Gerak Khas suatu masa dulu.Walaupun sekarang ni..jarang tengok nasha berlakon kat tv.Tapi aku tetap suke lakonan die.Die tetap antara 'heroin terhangat' di malaysia..ahaks(^_^)

~Top 5 - Rozita Che Wan~
Yang ini pulak aku suke tengok die berlakon jadi mak kepada 'anak dara orang.'Kadang2 'watak mak' lebih 'glamour'&'cantik' lagi dari watak anak perempuan die.Aku suke lakonan die sebab ade 'attitude'.Die pun boleh berlakon macam2 watak.Cuma tak pernah lagi aku tengok die berlakon 'watak jahat.'Tetapi sayang dengar kabar die nak bersara dari bidang seni ney.Anyway..lakonan die tetap best yang penting sekali die termasuk dalam list My top 5 heroin jelita malaysia aku..ahaks(^_^)








~My top 5 hero handsome malaysia~


Top 1 ~  Shaz Jazlee
Entah mengapa 1st time aku tengok drama tv3 Asmara hari tu aku terus 'jatuh hati' padanya..cewah..Lakonannya sebagai Asmara dalam drama tu amat berkesan sekali sehinggakan gelaran 'pak sanggup' melekat kat budak2 ofis aku.Setiap hari selasa malam  rabu conform kitaorang balik awal semata-mata nak tengok citer tu.p/s: termasuklah aku sekali dalam list sekarang ni..hehe.Aku tengok lakonan dia bersahaja dan langsung tak kaku.Bukan dibuat-buat.Dengan kata lain,dia pandai menghayati wataknya.Aku paling suka tengok scene die dengan Zaliya.Romantik sangat2.Boleh tahan lagi die dengan sikap Zaliya yang 'kepala batu' itew.Susah nak cari lelaki penyabar macam Asmara zaman sekarang ni.Anyway..Asmara kini no.1 dalam list 'My top 5 hero handsome malaysia..'ahaks (^_^)

Top 2 ~ Zamarul Hisham
Yang ini pulak aku suke bile die berlakon jadi 'seorang ayah mithali & ade isteri pulak curang'.Terutamanya bile scene sedih.Rasa macam nak nangis jugak bile tengok die berlakon 'scene nangis'.Orang kate 'syahdu-syahdan gitu'..hehe..Ade satu watak tu die pernah bawak watak 'lelaki lembut.'Demi cinta & sayangnya dengan seorang wanita die sanggup ubah perwatakan diri die daripada seorang 'lelaki lembut' menjadi seorang 'lelaki macho' pas tu.p/s: tak ingat tajuk drama melayu tu.Yang pastinya pernah disiarkan RTM suatu ketika dulu.First time aku tengok lakonan die kalau tak silap dalam telefilem seram blok 404 ke or bilik 404..tak ingat da..yang menakutkan bile ade adegan 'tetak-menetak' tu..errrk..yang penting die jarang bawak 'watak jahat' dalam lakonannya..apa yang penting die tetap romantik dalam lakonan nye.Walaupun bukan dengan kata2 tapi dengan gaya nye gitu..fuhh..boleh buat 'jatuh hati' padanya..ahaks (^_^)

Top 3 ~ Fizz Fairuz
Yang ini aku rasa ade 'iras2' sikit dengan perwatakan zamarul hisham.Aku suke tengok watak die dalam drama nur kasih tu.Ala2 'soleh&macam ustaz' gitu.Sejuk mata memandang.Watak die dalam drama nur kasih tu 'baik sangat.'Sanggup 'berkorban cinta' demi amanat ayahnya&juga demi kebahagiaan adik lelaki bongsu die.Last2 bertemu jodoh jugak bile die mengerjakan umrah kat mekah.Tak sabar nak tengok filem nur kasih kat panggung wayang.Nak tahu kesudahan citer tu macam mane.

Top 4 ~ Fauzi Nawawi
Yang ini pulak aku suka bile die berlakon 'watak jahat.'Berkesan sangat2.'Watak baik' kureng sikitlah.Sebab kalau tengok dari gaya orang mesti kate 'garang&panas baran.'Aku pernah jumpe die&wife die Lisdawati kat Pavillion.Kalau nak tahu handsome & manis je bile tengok 'face to face.'Walaupun dalam tv nampak garang.Diaorang berjalan bersama2 dengan anak nye.Time tu anak diaorg sorang lagi.Romantik sangat2.Tak sombong.Senyum je bile lalu kat depan kitaorang ari tu.Wife die pun tak sombong.Suke tengok die dalam iklan losyen johnson baby tu.Yang penting bile die berlakon aku memang tak 'miss' tengok..ahaks (^_^)

Top 5 ~  Asraf Muslim
Yang ini aku suke tengok lakonan die dalam drama citer hantu kat tv3 suatu masa dulu.'Mithali' je nampak die. Da jadi pengacara tv pulak sekarang ni.Sejuk je bile mata memandang..cewah.Tak pernah lagi tengok die berlakon 'watak jahat.'Kalau 'watak psiko' mungkin sesuai kot..'luaran nampak baik' tetapi 'dalaman jahat sebenarnya.'Harap2 ade drama@filem yang boleh naikkan lagi nama die.Anyway..aku tetap suke tengok die berlakon bawa 'watak seorang lelaki soleh..'ahaks (^_^)

Handsome kan my top 5 handsome malaysia ni..tak taula korang sumer punye pilihan macam mane..yang ini mengikut pandangan mizz jue..yang penting sekarang ni aku layannnzzzz drama tv Asmara kat tv3 tu.Tak sabar tunggu selasa depan tapi ade training futsal pulak hari selasa tu.Cik Chalie bole tak tunda training futsal lain kali??hehe..

Lain kali kite share pulak 'My top 5 heroin jelita malaysia' yerk.. (^_^)




~Lepas satu halangan~

Alhamdulillah..tiket balik sibu untuk bulan jan tahun depan sudah pun dibeli.Semuanya total RM1,435.00 tak termasuk beg bagasi.Yang itu pun untuk 3 orang pulang-alik sibu-kuala lumpur & 2 orang untuk pergi saje.Nak buat macam mane.Beginilah nasib kalau merisik anak dara dari sarawak mahupun sabah.Terpaksa merentasi laut china selatan.Silap hari bulan terpaksa tunggu setahun baru segala hajat tertunai..ahaks..

Rasa terharu gak..bersyukur pun ade sebab walaupun keadaan jarak memisahkan..namun dia tak pernah mengeluh.Yang banyak mengeluh nye aku.Selalu membebel&mengenang nasib diri 'napelah tempat tinggal aku ni jauh sangatlah..napelah tak dok kat area semenanjung je lah.Senang nak berulang-alik boleh jenguk2 mak&ayah selalu.'Dia pulak kate 'nak buat macam mane tak baik mengeluh tandanya kite xpernah bersyukur dengan apa yang Tuhan beri.Yang penting niat kita ikhlas bila nak buat sesuatu.'Ehmm..kadang2 aku rasa die macam ustaz je sebab selalu bagi ceramah kat aku.

Sepanjang hari ni kitaorg lepak kat kl sentral je sbb tunggu turn.Mula2 sampai tu no.276.Turn kitaorg pulak no.327.Fuhhh..lambat lagi sempat mkn lagi.Tak ape kite tunggu je.Seperti biasa aku membebel lor..'nape lah kaunter tak bukak sumer sdgkan da tau org ramai.Rasanye sumer kaunter bukak tadi cume besa lor ngan aku ni..macam mak nenek die kate.Sabar ajelah.

Sharidah ade ajak aku stay kat rumah die kat wangsa maju. smlm.Tapi,dah akhir sangat2 kuar tadi.Lagipun ujan.Sorilah yerk tak jadi nak stay sebab lambat tadi.Lain kali saje yerk sharidah.

Akhirnya..tiket flight untuk bulan jan 2011 sudah pun dibeli.Tinggal satu langkah lagi.InsyaAllah...doakan agar sumernye dipermudahkan yerk.
Amin.(^_^)

Friday, November 5, 2010

This I Promise You - N'sync


p/s: antara fav lagu aku time study diploma dolu2..syok&best senikata lirik lagu ni..macam ade kekuatan balik untuk 'berdiri&bernafas' semula..cewah..
Special thanks to my beloved ones..mak,apak,adik umi,adik myrul&my dearly jamaluddin bin salleh..tqs coz always beside me whenever i need you(^_^)

~Merajuk mode~

Benarla orang kate..orang pompuan ni suke sangat merajuk walaupun sebenarnya xde pa2 pun..tadi aku di'tertawakan' dan d'uji'..nasib baik family aku faham sangat2 perangai 'kepala batu' aku ni.Mak aku pernah bagitau..engko ni walaupun umur da tua tapi perangai macam budak2 kecik lagi.Mungkin ade betul nye jugak.Tapi kadang2 kalau aku selindung pun..kadang2 nampak jugak 'ketidakmatangan' aku ni.

Ehmm..jadi buat kawan2 kat luar sane kalau ade yg terasa hati. Maafkanla saje yerk..kadang2 aku ni bertindak 'di luar kawalan' jugak. Nasib baik 'orang tu' tak terasa hati dengan aku tadi..merajuk pun boleh tahan gak..'apela awak ni suke sangat fikir yang bukan2..hish hish hish..nasib baikla faham sgt2 dengan perangai awak tu..'

Bertuah rasanya dapat jumpa seseorang yang memahami&menerima diri &keluarga seadanya walaupun bukan daripada keluarga yang berada.

Thanks dear. (^_^)  

~Jom...kita bermain tarik lalang~

Yang ini antara permainan yang aku suke time kecik2 dulu..p/s: da besar ni pun suke main jugak..hehe..lain2 permainan aku suke main lompat getah,paling syok polis entry,main ber'tapok' a.k.a sembunyi2..main masak2,main 'tikam selipar', main 'tikam2' & paling best 'mandi sungai kat bawah rumah' time ujan lebat a.k.a hakikatnya bukan sungai tapi air parit rupanya..erkkk...kecik2 dulu tak pernah rasa menjijikkan almaklumlah tomboy gak kecik2 dulu..best nye zaman kanak2 dulu.. (^_^)

~My luvly family~


~my happy family~
Banyak2 photo yang pernah aku ambik..photo inilah yang paling aku suka..bukan senang nak kumpulkan sumer orang berposing sama2.Almaklumla masing2 ade komitmen..cewah.Aku dgn susah nak bercuti nye..aku masih ingat lagi bile time nak balik keesokan harinya ade case management LAC.Ehmm nasib baik kak suhaida yang cover time tuh..tqs kak suhaida.Mak pulak busy dengan acara masak2 memasak kat warung nye.My brother in law,adam pulak busy dengan keje construction ayah nye.Apak a.k.a ayah pulak busy dengan oustation nye&adik myrul pulak busy dengan 'online nye'.Adik umi pulak bukan senang nak ajak kuar..puteri lilin katakan.Actually susah nak dapat posing photo korang senyum semuanya.Ini photo keluarga yang ter'best' yang paling aku suke.

~my luvly father~
Yang ini pulak my luvly apak a.k.a ayah.Serupa tak??orang kate like father..like daughter..hehe.Setiap kali aku rindu kat keluarga aku,photo ini jadi pengubat rindu aku..cewah.Yang ini photo yang aku suke bile berposing dengan my luvly apak. 

~my luvly little sister~
Photo yang paling cute sekali.Kat belakang tu view teratak usang rumahku.Setiap kali aku rasa sedih photo ni boleh buat aku tersenyum semula.I luv u too my little sis umi.

~me & u~
Cewah..ni sape pulak ni..?Inilah satu2nya photo time hari raya hari tu.Tak sempat nak bergambar sebab ramai sangat org berkunjung ke rumah hari tu sampai tak sempat nak 'capai kamera' pun.

This is my favourite stuff aku.Walaupun pada orang lain nampak biasa2 saje..tapi bagi aku ade 'value'nya sendiri. Setiap kali aku rasa down insan-insan di atas yang menjadi pendorong kekuatan aku untuk sentiasa tabah&sabar hadapi apa jua cabaran. 

Tqs for everything..my dearly family.(^_^)






~My favourite...suman udang tunok, icecream 10 sen & kek batik~

Ehmm..korang sumer mesti nak tahu yang ini ape? Pelik tapi sedap bangat. Biasalah orang-orang kepulauan borneo ni eksotik rupanya. Daripada orang-orangnya sehinggalah makanan tradisional. Yang ini kitaorang panggil suman udang tunok.

Bahan-bahannye simple je tapi banyak petua yang kene ikut. Yang penting sekali mestilah udang. Udang bersaiz kecik je takyah besar2. Almaklumlah udang2 kat sarikei mahal2 belaka jadi kenelah guna udang yang bersaiz kecik je. Tapi kalau kat kl tak apela sebab udang2nye besar2 murah pulak tu. Pas tu guna lemantak. Kat semenanjung ni tak ade. Hanya didapati kat sarawak je.

Kalau tak tahu lemantak, mesti korang tahu linut kan. Makanan tradisional masyarakat melanau sarawak. Dari lemantak itulah jadinya linut. Lepas tu gaul sumer2 sekali termasuk garam & ajinomoto. Lagi satu, petua orang tua-tua..jangan tegur kalau time tu tengah tengok orang buat suman udang tunok. Takut nanti jadi tak sedap. Kemudian, kepal-kepalkan adunan tadi & letak dalam daun nipah.Lepas tu bakar selama beberapa minit. Makan panas2 dengan nasi kepal. Sedappp beb.(^_^)

Bagi yang menggemari makanan eksotik tu mesti suke. Kat bandaraya kuching pun takde jumpa tau. Yang ade pun sotong tutok je. Suman udang tunok ni boleh kita jumpa kat
tempat namanya sri aman & saratok. Ikan panjang salai kering pun banyak jual kat situ. Bubok & pekasam udang. Terliur pulak rasanya bile bercakap tentang makanan ni.

Presented...istimewa dari sarikei,sarawak..ahaks (^_^)

~suman udang tunok~
Ni lagi satu my favourite..icecream 10 sen..bile time balik kampung icecream ni yang aku 'kejar'..nasib baik kan depan rumah je boleh dapat. Bile balik kampung hari-hari aku beli icecream ni kat makcik-makcikku yang tersayang. Macam-macam perisa ade..favourite aku perisa kacang merah. Perisa limau,durian belanda,milo,bandung&kacang hijau pun ade. Kalau tiba time musim durian tu,perisa durian pun ade jugak. Ehmmm..sedap nye...

~icecream 10 sen~ 

Paling last sekali..kek batik made by my auntie bok aku. Setiap hari raya pasti aku tak miss makan kek batik tu. Kalau orang lain buat tak sedap tapi bila aku makan kek batik yang auntie bok aku buat. Ehmm..tak tido malam dibuatnya. Itulah penangan kek batik auntie bok aku.

~kek batik auntie bok~

Best kan..especially suman udang tunok itew..lain kali aku citer pasal tempat2 klasik kat kampung aku pulak..ehmm walaupun kat Facebook aku ade letak gambar sikit2 tempat2 tu tp korang mesti nak tahu sejarah tempat tu kan..ahaks (^_^)

~Macam-macam mizz jue~

Tinggal beberapa hari lagi kita bakal melangkah ke tahun 2011. Tak lame lagi kene set azam baru untuk tahun 2011. Semoga azam tahun 2010 tercapai seperti yang dirancang.Bagi yang belum tercapai tu tak mengapa selagi ade kesempatan masih ade banyak masa untuk memperbaiki diri.Aku pulak merasakan semakin meniti hari-hari yang berlalu banyak mematangkan diriku.Pelbagai kenangan pahit dan manis yang dilalui ternyata mendewasakan aku.Sometimes hepi..sometimes down..begitulah lumrah kehidupan.Bagi sesiapa yang menempuh saat-saat getir sekarang ni banyakkan bersabar.Kini, Allah swt sedang mengujimu samada mampu bertahan dengan setiap ujian diberikan.Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.Cuma hikmahnya 'biarlah rahsia' dulu.InsyaAllah pasti yang terbaik tersedia buatmu.

Last week aku,sharidah & nurhaiza pergi jalan2.Sharidah yang jadi driver kitaorang.Walaupun hujan tapi syok jugak tengok 'negeri orang' katakan.Alhamdulillah berpeluang jugak aku menjejakkan kaki ke kota bersejarah, Melaka.Tapi sayang, banyak lagi tempat2 menarik yang tak sempat pergi sebab tak cukup masa. Menara Taming Sari pun tak sempat nak pergi sebab barisan orang2 yang nak naik panjang sangat2.Next time kalau umur panjang boleh pergi lagi. InsyaAllah..

Tak sangka masakan orang Melaka sedap sangat2.Terutamanya..masakan asam pedas.Hari tu kitaorang makan asam pedas ikan..(p/s: lupe jenis ikan ape),ikan merah masak singgang&jantung pisang masak lemak.Marvellous sgt2 tak pernah lagi aku makan.Nanti bile aku balik kampung kat sarikei nanti aku nak cuba masak.Mesti mak&ayah suke.Hari tu aku masak ikan tenggiri asam pedas..ayahku puji..katanye sedap..ahaks..(^_^)(p/s: hobiku suke main masak2 untuk keluarga).Lepas tu,aku masak gulai pucuk manis..yummy yummy.

Suke tengok bila ayah,mak&adik2 tambah nasi time makan.Sumernye aku dapat resepi bila aku stay kat kl ni.Patutlah orang kata kl ni mewah sangat2 dengan makanan.Makanan sedunia pun ade kat kl ni.Time raya hari tu tak sempat nak buat udang masak sambal petai sebab takde udang jual kat sarikei.Agaknya udang-udang kat sarikei dah pupus kot.Beberapa kali aku balik pasti pasar borong kat sarikei tu langsung takde jual udang.Harap-harap kali ni aku balik kampung udang ade jual kat sarikei tu.

Pasti seronok bila bersama dengan yang tersayang kan.Kadang-kadang bile banyak masalah pun..bile kita berdamping,berbual dengan mak,ayah & adik2..hilang sumer2 keresahan di hati.Ehmmm..rindunya kat mak&ayah kat kampung.Kalau aku punyai pesawat ringanku sendiri pasti hari2 aku balik..(^_^).Mak,ayah,adik umi&adik myrul..bile yak balik kampung nanti yak cube masakan terbaru untuk korang yerk..harap2 menjadi..ahaks(^_^).

Nak tahu..aku join kelab futsal kat tempat keje aku.Walaupun tak pandai sepak bola tu..saje nak menyibuk lagipun seronok jugak dapat buang segala peluh&toksin2 jahat yang terkumpul dalam badan..ahaks(^_^).Thanks chalie coz ajak aku join sekali.

Pagi tadi aku keluar breakfast a.k.a lunch kat kampung baru.Sedap makan ala carte kat situ.Murah pun murah.Tadi makan ikan jacket@cencaru bakar kat situ.Tetiba aku teringat bile aku masak ikan tu bile kat kampung dulu.Bukan main susah lagi nak buka 'jacket' ikan tu..ahaks(^_^).Pisau kena asah banyak kali.Nasib baik 'jacket' ikan tu terbuka akhirnya.Saja aku diuji time tu.Kalau aku ingat balik senyum sendiri aku dibuatnya.

Oklah..chow dulu..nak sambung makan buah-buahan beli kat kampung baru tadi.Baru aku tahu kat kampung baru rupanya tempat gedung beli buah-buahan tempatan rupa-rupanya.Tadi terpandang cencalu,pekasam&air budu pun ade terjual kat situ.

Selamat berhujung minggu..restkan badan&minda dengan aktiviti berfaedah k..ahaks (^_^)

~Doaku buat seorang sahabat~

“Cinta & Kasih Sayang tidak perlu berbicara..kerana dua hati yang suci kini bertautan & saling melakar pengisahan cerita suka & duka demi menggapai Cinta Agung kepada Yang Maha Esa..” 


Ya Allah Ya Tuhanku..Jagai aku di dalam Nur Hidayah-Mu yang bergemerlapan..
Aku bersyukur kerana dikurniakan begitu banyak Anugerah-Mu yang tercipta begitu indah sekali..

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui & Mengkehendaki segalanya..Aku redha terhadap segala apa yang telah Kau tentukan..

Cinta itu fitrah hati..Aku bersyukur kerana Kau mengurniakan perasaan terindah ini untuk lebih mendekati-Mu..Alhamdulillah..

Tenangkanlah jiwaku ini & berikanlah aku kekuatan, kesabaran & ketabahan untuk menghadapinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..Aku bermohon pada-Mu..Anugerahkanlah kebahagiaan yang indah terhadap insan yang ku sayangi ini..Seorang insan yang sentiasa hadir di saat ku kekhilafan..Jagailah dirinya dalam Suluhan Cahaya Cinta-Mu..

Ya Allah Ya Tuhanku..Lindungilah dirinya daripada segala kesusahan & penderitaan..Kurniakanlah kesihatan yang baik terhadap dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..Sesungguhnya Kau Lebih Mengetahui apa yang terbaik untukku & dirinya..Aku bermohon pada-Mu..Sekiranya dia tercipta untukku..Aku bersyukur..

Aku akan berusaha memperbaiki setiap kelemahanku..Aku akan berusaha membahagiakannya..Aku akan sentiasa bersamanya mengharungi liku kehidupan ini..

Ya Allah Ya Tuhanku..Satukanlah hati kami..Titipkanlah kerinduan di hati kami..Mekarkanlah Cinta & Kasih Sayang di antara kami..Jadikanlah kami pasangan yang mensyukuri nikmat & anugerah-Mu..

Jauhilah pandangan kami daripada panahan syaitan..Sinarilah hati kami dengan Nur Ilahi & Nur Iman yang terindah..

Satukanlah kami dalam ikatan suci yang mengikat dua hati demi menggapai Cinta & Kasih Sayang-Mu Ya Rabbi..

Ya Allah Ya Tuhanku..Aku redha atas setiap ketentuan-Mu..Setiap yang Kau Mengkehendaki pasti ada hikmah disebaliknya..Aku hanya mampu berusaha & berikhtiar..

Tetapkanlah imanku agar tidak berpaling daripada Cinta-Mu..Kuatkanlah keyakinanku & semangatku untuk menghadapi ketentuan-Mu..

Sahabatku..Sekiranya dirimu bukan tercipta untukku..Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu..

Agar dirimu dipertemukan seorang insan yang akan membahagiakan dirimu..Menjadi tongkat kepada semangatmu..Seorang insan yang amat menyayangimu..

Sanggup berduka ketikamu derita..Ketawa ketikamu gembira..Cintailah dirinya & terimalah segala kekurangan & kelebihan yang ada pada dirinya..Bahagiakanlah dirinya dengan setiap senyuman & gurauan sendamu..

Ya Allah Ya Tuhanku..Aku bersyukur kerana Kau telah menciptakan kenangan yang terindah antara kami..Kenangan terindah ini akan tetap terpahat di hatiku buat selamanya..

Usaikanlah kami dalam ikatan persahabatan & ukhuwah persaudaraan..Aku akan sentiasa berdoa agar ikatan persahabatan ini akan berkekalan selamanya..

Semoga kebahagiaan & kegembiraan sentiasa mengiringimu..Sahabatku..Surah Al-Fatihah akan sentiasa ku alunkan demi kesejahteraanmu..Semoga Allah swt mengurniakan Nur Ilahi & membuka pintu hati mu yang tulus untuk mendekati Nur Islam yang indah..

Insyaallah..Nama Muhammad Riyaad Imaan tetap ku lakar di hatiku sempena kedatanganmu sebagai seorang Muslimin. Seindah Nama Muhammad Riyaad Imaan..Seorang insan yang terpuji & dirahmati..diserlahi taman keimanan yang mewangi..Amin.

~Nukilan Doa~Mizz Jue~4 Februari 2009~Jam 12.00AM~