Thursday, March 26, 2015

Nukilan Sang Pencinta

Assalamualaikum..setelah sekian lama blog 'warna warni kehidupan' ku jengah semula. Sudah hampir 4 tahun berlalu aku tidak menukilkan ceritera. Kini genap 4 tahun aku bergelar 'isteri orang'. Namun rezeki anak belum kunjung tiba lagi untuk aku bergelar 'mak orang'. Apapun, lumrah kehidupan pasti ada pasang surutnya. Itulah namanya kehidupan. Allah swt tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita. Ujian & dugaan yang mendatang sebagai tanda ketabahan hati & ketahanan diri kita serta simbol kasih sayang Allah swt ke atas diri kita. Kehidupan sebagai seorang isteri banyak mengajarku erti kesabaran & bertolak ansur antara satu sama lain. Syukur alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang amat memahami & sentiasa bersabar dengan setiap karenah isteri nya ini. Hehe..Disebalik keceriaan wajah suami ku yang tenang & ceria, aku tahu jauh di sudut sanubarinya mengimpikan anugerah Cahayamata yang terindah yang akan menceriakan hari dengam gelak tawa mahupun tangisan si kecil yang ingin dibelai dengan penuh kasih sayang & cinta yg tulus ikhlas tiada penghujungnya. Namun, rezeki anugerah anak tiada sesiapa yang boleh menduga. Allah swt yang Maha BerKuasa Mutlak ke atas aturan kehidupan kita. Kita hanya mampu merancang & berusaha. Allah swt yang menentukan takdir hidup kita. Pelbagai ikhtiar telah dicuba. Kini aku menyerahkan takdir hidupku ke atas Tuhan Yang Maha Esa. Doa-doa tulus ikhlas ku pohon agar rumahtangga kami diberkati sentiasa hendaknya & dianugerahkan Rezeki Cahayamata Yang Terindah yang akan mendoakan ibu bapanya hingga ke Syurga suatu hari nanti. InsyaAllah..Amin..

Wednesday, January 19, 2011

Taylor Swift - Mine



You were in college, working part-time, waiting tables
Left a small town and never looked back
I was a flight risk, afraid of fallin'
Wondering why we bother with love, if it never lasts

I say, "Can you believe it?"
As we're lyin' on the couch
The moment, I can see it
Yes, yes, I can see it now

Do you remember, we were sittin' there, by the water?
You put your arm around me for the fist time
You made a rebel of a careless man's careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

Flash forward, and we're takin' on the world together
And there's a drawer of my things at your place
You learn my secrets and figure out why I'm guarded
You say we'll never make my parents' mistakes

But we got bills to pay
We got nothin' figured out
When it was hard to take
Yes, yes

This is what I thought about:
Do you remember, we were sittin' there, by the water?
You put your arm around me for the first time
You made a rebel of a careless man's careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

Do you remember all the city lights on the water?
You saw me start to believe for the first time
You made a rebel of a careless man's careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

And I remember that fight, 2.30 AM
You said everything was slipping right out of our hands
I ran out, crying, and you followed me out into the street
Braced myself for the goodbye, cause that's all I've ever known

Then, you took me by surprise
You said, "I'll never leave you alone."
You said, "I remember how we felt, sitting by the water.
And every time I look at you, it's like the first time.
I fell in love with a careless man's careful daughter.

She is the best thing that's ever been mine."
You made a rebel of a careless man's careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

Do you believe it?
We're gonna make it now
And I can see it
I can see it now

~such a meaningful lyrics..hopefully everything gonna be ok (^_^)~

~22.1.2011~

~Alhamdulillah...hari yang ditunggu semakin menghampiri. Walaupun adakalanya dugaan datang menjenguk, tetapi berbekalkan kekuatan hati, ketabahan & kesabaran yang Allah swt anugerahkan, aku sebagai hamba Nya yakin & mampu untuk mengharunginya. Segalanya ku serah kepada Ketentuan Ilahi, seandainya telah kau takdirkan yang terbaik untukku, aku menerima segala yang dianugerahkan dengan redha. Sesungguhnya Allah swt sentiasa mendengar kata hati kita walaupun tanpa diluahkan melalui kata-kata. Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan manis & juga pahit buat diriku. Masam manis pun ada..hehe. Semakin meningkat dewasa, pelbagai dugaan yang Allah swt uji kepada kita untuk menjadikan kita lebih matang dan mempelajari setiap kesilapan sebagai pengajaran berguna bagi kita agar tidak mengulanginya lagi di masa depan.~
 
~Kalau dulu aku selalu bertindak sendirian tanpa dinasihati oleh sesiapa. Tetapi kini, alhamdulillah dengan sokongan yang sentiasa ada membuatkan aku bersemangat semula untuk menjalani kehidupan ini dengan penuh yakin dan mengharapkan agar impian yang dicitakan menjadi kenyataan. Setiap perkhabaran gembira pasti akan ada perkhabaran sedih. Namun aku yakin Allah swt pasti akan menunjukkan jalan bagi setiap kesulitan & kesukaran yang dihadapi. Aku mengharapkan agar Allah swt sentiasa menunjukkan jalan yang terbaik setiap apa aku lakukan. Buat sahabat-sahabat ku yang memahami, maaf ku pohon atas segala yang berlaku kerana apa yang telah terjadi tidak disengajakan.~

~22.1.2011..merupakan tarikh istimewa. Salah satunya tarikh sambutan ulangtahun salah seorang kawan di opisku. Yang ke berapa agaknya kan?..Tanyanya empunya badannya sendiri. Dan dia juga bakal beraksi dalam futsal tournament yang juga berlangsung pada tarikh yang sama di Putrajaya nanti. Jeng..jeng..jeng..siapakah orangnye? Hehe..Tak tahu lagi?..okla bagi satu klu je yerk..dia merupakan salah seorang follower blog ini..bermula dengan huruf N..berakhir dengan huruf M.. :P Hopefully MdI WPKL menang Top 3 pun ok gak..Tuah baju Jersey Kuning..Harimau Belang MdI WPKL..hehe..Jangan mare yerk kapitan Chalie..Rugi tak dapat nak join jadi pom pom girl. Takpe sokongan padu dari jauh buat kawan-kawan semua yerk.. :_) ~

~InsyaAllah..sekiranya diizinkan Allah swt. Tarikh istimewa ni juga aku bakal bergelar tunangan orang. Pasti banyak yang perlu dipelajari selepas ini. Alhamdulillah..aku bersyukur dengan Rezeki & Rahmat yang Allah swt kurniakan. Dengan iringan doa daripada keluarga dan kawan-kawan tersayang, aku berharap agar majlis merisik dan pertunangan ku nanti berjalan dengan lancar. Sesungguhnya Allah swt yang menentukan segalanya.Amin.~

~Terima kasih buat ibu, ayah & adik-adik semua kerana bersusah payah menyiapkan segala persiapan. Terutama buat ibu tersayang, doa & restu anakanda mohon agar kebahagiaan sentiasa mengiringi. Semoga Allah swt sentiasa mengurniakan Cahaya Kesejahteraan & Cahaya Rahmat buat ibu, ayah & adik-adik semua. :_) ~

~Terima kasih juga buat kak ina & adik eja kerana telah bertungkus lumus untuk menyiapkan perhiasan hantaran yang cantik-cantik gitu. Buat yang tersayang abang jamaluddin yang sentiasa memberi semangat setiap kali memerlukan..Hehe..Terjiwangs karats pulaks... :P~

~Buat yang tersayang abang Jamaluddin..Semoga ikatan yang bakal termeterai ini berkekalan sehingga tibanya saat di ijab kabul nanti.InsyaAllah..kita sama-sama tabah & kuat mengharungi setiap dugaan yang mendatang. Semoga Cahaya Keredhaan Allah swt sentiasa mengiringi kita bersama. Amin.~

~Kejap lagi aku berangkat ke rumah bakal mertuaku. Malam ni aku 'berghambeh' di sana & esok pukul 10.00 pagi aku berangkat ke LCCT bersama rombongan 'cik kiah'. Apa agaknya amanat bakal bapak mertuaku nanti buatku. Takut & berdebar-debar rasanya..Hehe... :P~

~Nasib baik upacara 'packing-memacking', da siap..tapi aku masih mengadap Laptop lagi. Laptop terpaksa ditinggalkan kerana tak dapat nak bawak Laptop bersama sebab barang-barang yang nak di bawa nanti banyak gak..jadi aku 'rest' kejap daripada m'o9 nanti yerk..~

~Okla..hopefully semuanya berjalan dengan lancar..sat balik dari kampung nanti..InsyaAllah akan di upload gambar-gambar..Tunggu yerk..~


~Semoga kebahagiaan & kegembiraan sentiasa mengiringi kita semua~ (^_^)



   

Monday, December 13, 2010

~Kenangan ku bersama ibu & adik umi di Kuala Lumpur~

Dua hari yang lepas merupakan saat-saat yang paling best. Ibu & adik umi yang tersayang datang menjengukku setelah dipaksa. Akhirnya mereka menjejakkan kaki jugak ke bandaraya kl ini.Especially adik umi. Suka sekali melihat wajah ibu & adik umi tersenyum riang.Terima kasih buat ibu & adik umi kerana sudi menemani ku walaupun hanya sekejap saja. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga kini aku masih diberi peluang & kesempatan untuk berbakti dengan keluarga ku. Aku mengajak ibu & adik umi ke kl ni untuk menggembirakan mereka. Sekurang-kurangnya berkesempatan gak aku bermanjaan & bersayang-sayang dengan mereka. Cewah..Boleh gak aku tunjuk barang-barang yang dibeli bersempena hari bahagia ku nanti.
Ringan gak rasa kerinduan aku dengan mak di kala ini. Dulu aku rasa homesick sangat2. Alhamdulillah..setelah aku melihat ibu & adik umi dalam keadaan sihat & ceria aku bersyukur kerana doa kesejahteraan sentiasa mengiringi keluargaku di mana saja mereka berada. Hari Khamis ibu & adik akan pulang semula ke Sarikei, Sarawak. Tinggal semula aku dok sorang2 kat dalam bilik bujang ku nanti..huhu..

Friday, November 19, 2010

~Makan Day di Satu Hari Di Hari Raya~

Seronok kan bila tibanya hari raye.Bukan apa hari raye hari untuk kita makan sampai kenyang.Macam tu jugak dengan aku pada hari raye yang lepas.Walaupun sedih kerana terpaksa beraye haji di perantauan,nasib baik ada seseorang yang sudi ajak pergi beraye same2 kat kampung changkat.

Teringat kat mak & ayah kat sarikei bile time makan rendang yang pak salleh buat.Kalau nak tahu Salleh tu name bapa die.Tukang masak rendang kat kampung changkat.Pernah aku tanye resepi buat rendang tu sebab lain daripada yang lain rasanye.Kuahnye pekat & yg bestnye tak pernah buat aku sakit perut.Kalau makan rendang yang orang lain buat conform perut aku ni 'menyanyi irama hit hop silap hari bulan mix dengan irama dangdut sekali'..hehe.Tapi orangnye tak nak bagi tahu.Katanye rahsia turun temurun keluarga.Mak&ayah suka sangat makan rendang yang pak salleh buat time hari raya hari tu.Siap suruh bawak lagi lain kali.InsyaAllah..mak..ayah..lain kali kalau yak balik sarikei,yak bawak rendang pak salleh lagi yerk.

Seronok beramah mesra dengan keluarga pak salleh.Yang pastinya dapat makan sodap2..hehe..Hari tu kitaorang makan rendang daging,sup tulang daging,sambal tempoyak udang,ayam goreng,ikan cencaru bakar..yummy yummy..p/s: masakan colour hijau@sayur-sayuran takde sebab famili pak salleh tak suke makan sayur.Semua masakan seperti ala-ala masakan minang.Pedas-pedas belaka.Lidah aku pun dah jadi terbiasa gak bila menjamu makan pedas2.Lagipun asal usul keluarga pak salleh ni ade celup2 dari minang gak.Mesti best kan kalau dapat menjamu sekali bersama keluarga kat sarikei.Rindu nye kat mak & ayah kat kampung...uhukuhuk..

Ade gak kengkawan jemput datang ke rumah beraye hari tu.Minta maaf banyak2 coz tak sempat nak pegi hari tu.

Nasib baik ade gak kengkawans yang keje kat ofis 2 hari yang lepas.Walaupun ofis sunyi sepi tanpa orang tapi tetap bingit dengan panggilan hangit&tetamu tak diundang kat kaunter.Alhamdullilah.Sempat merasa lagi rendang kak errin ku..p/s: sebutan rrr tu kene tebal sikit sebab lidah orrang sarawak katakan..hehe.Die bawak khas dari kampung kat pasir gudang,johor 2 hari yang lepas.Boleh tahan gak rasenye.Manis je rase rendang nye macam orgnye jugak..hehe.Kalau kak errin dengar ni pasti die tersenyum&tersengih2 sampai ke telinga gitu.

Begitulah berakhirnya Makan Day di Satu Hari Di Hari Raya.Tak sabar nak tunggu next week.Sebab ramai ofismates balik daripada cuti raye next week.Kita makan2 lagi yerk..haha..(^_^)

Saturday, November 13, 2010

~ Ku Ada Kamu by Adira~



LIRIK LAGU KU ADA KAMU – ADIRA

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Monday, November 8, 2010

~Bicara hati seorang anak~

"Mungkin dapat ko ingat setiap kali masuk universiti nak ambik konvo ijazah & diikuti terima tawaran kat kl mak fkr pjg2..walaupun perit dilalui..dgn linangan air mata dgn apa cara sekali pun ianya tetap diteruskan&sekali tok ade perkara lagi akan kita lalui..Allah mendengar rintihan kita sebab apa yang kita nak lalui ini adalah Ketentuan Allah swt." Itulah kata2 hati seorang ibu terhadap anaknya.

Rasa sedih bila mengenangkan pergorbanan mak terhadap diriku&adik-adikku selama ini.Aku masih ingat lagi bila aku&adik-adikku sakit, mak yang gusar sekali mencari penawarnya.Maklah ibu..maklah ayah.Ketika itu,ayah selalu outstation.Bila hujan turun dengan lebat diiringi dengan guruh yang berdentum.Mak tetap setia berada di samping kami.Berjaga malam takut anak2nya terjaga.Takut nyamuk melewati badan anak2nya.

Tidak termampu untukku membalas segala pergorbanan&kasih sayang yang telah  mak curahkan ke atas diriku dan adik-adikku.Hanya Allah swt yang mampu membalas segala kebaikan mak selama menjagai aku dan juga adik-adikku.Maafkan kami kerana banyak menyusahkan & membebankan mak selama ini..selalu menyebabkan mak menangis..selalu menyakitkan hati mak.

Sekalung doa ku hadiahkan buat mak&ayah yang sangat ku sayangi.
Semoga Cahaya Iman&Kasih Sayang Allah swt sentiasa mengiringi perjalanan mak&ayah di Hamparan Terindah Ciptaan Ilahi. (~_~)