Sunday, October 24, 2010

~Ayah & Ibu~

Cerita ini ku nukilkan sekadar ingatan buat tatapan semua. Bukan senang menjadi seorang kakak sulong tunggal di dalam keluarga. Amanah yang ditatang terlalu berat untuk dipikul. Sehinggakan adakalanya berfikir sejenak "kenapalah aku tidak dilahirkan sebagai seorang abang?"Dari kecil kita melihat perjalanan ibu & ayah kita yang menjaga anak-anak seperti menatang minyak yang penuh. Tetapi, malangnya anak-anak yang dijagai ketika kecil itu sesudah dewasa seumpama kacang yang melupakan kulit.

Ibu & ayah yang semakin hari meningkat tua diperlakukan seperti Al-Quran buruk. Anak-anak tergamak menyisihkan mereka demi impian yang dicita serta sanggup melakukan apa sahaja tanpa mendapat restu daripada kedua orang tua mereka. Tidakkah anak-anak sedar akan kesilapan mereka & cuba untuk mengenang kembali betapa peritnya hidup kedua ibu & ayah mereka serta sanggup menjadi lilin demi melihat kebahagiaan mereka di masa depan. Tetapi, setelah impian yang dicita tercapai, segala pengorbanan kedua orang tua mereka dilupakan.

Begitu kejam anak-anak zaman sekarang. Walaupun kita bukan daripada darah daging daripada ibu & ayah kita, tetapi selagi bergelar seorang ibu & ayah, selagi itulah betapa mulianya darjat mereka disisi Yang Maha Esa. Sejahat-jahat ibu & ayah kita, mereka tetap ibu & ayah yang melahirkan & mendidik kita sehingga menjadi seorang insan yang berguna. Hanya doa yang dipinta daripada Yang Maha Esa agar dibukakan hati mereka untuk kembali semula ke jalan yang diredhai oleh Nya.

Sehingga kini kita sedar bahawa amanah itu adalah berat untuk dipikul seorang diri.Tetapi kita percaya bahawa Yang Maha Esa sentiasa berada di sisi kita untuk memberikan kekuatan hati, ketabahan & kesabaran untuk menempuhi perjalanan yang mendatang. Semoga suatu hari nanti ada nur kasih buat keluarga kita.

No comments:

Post a Comment