Friday, October 29, 2010

~Mak....jangan risau yerk~

Alahai...dunia..semakin hari manusia semakin rakus menjadi 'pembunuh.' Semalam ade lagi berita tentang pembunuhan kejam berlaku berdekatan dengan area ampang.Berdekatan bukit perdana rasanya.Hopefully mak tak tengok berita malam tadi.Kalau dia tengok mesti dia risau.Sebab macam-macam bende berlaku kak kuala lumpur ney.Pernah sekali mak tiba-tiba telefon sebab risau sangat2 kat anaknye kat kuala lumpur ney.Walaupun aku sudah besar..sudah dewasa tetapi kadang-kadang aku rasa mak masih menganggap aku macam budak kecil lagi.Itulah mak yang selalu risaukan keselamatan anak daranye yang jauh daripada depan matanya.Mak jangan risau tentang keselamatan yak.InsyaAllah yak baik je kat sini.

Yang lebih merisaukan,kesihatan mak kat rumah.Setiap bulan buat medical checkup tanpa ditemani sesiapa kat kuching.Sekiranya yak tak jauh kat kuala lumpur ney,yak pasti akan temani mak.Mak bersabar yerk.Yak sentiasa doakan kesihatan&kesejahteraan mak selalu.Semoga Allah swt melindungi kita sekeluarga.InsyaAllah kalau takde pa2 nanti..raya haji ney yak balik walaupun tak lame.Yak akan bawa rendang daging istimewa pakcik salleh&tempoyak nanti..hehe.Istimewa masakan orang minang.Cewah..Itu pesanan mak kan.Tudung pun yak sudah beli.Minggu depan yak kirim kat mak.Cantik sangat2 first impression katakan.

Mak jangan risau keselamatan yak kat sini yerk.Sekarang ney sudah ade orang jaga yak.Pergi tempat mana2 pun sudah ade bodyguard teman.Hehe..kalau yak nak pergi mana2 pun yak akan bagitau dia.Mak jangan risau yerk.InsyaAllah dia akan jaga yak dengan baik.Sepertimana dia katakan pada mak.Yak sudah menjadi sebahagian tanggungjawab&amanah dia.

Mak, walaupun dimana saja yak berada yak pasti takkan lupakan mak.InsyaAllah yak akan jaga mak sampai bila2.Yak sentiasa doakan yang terbaik untuk mak.Doakan yang terbaik juga untuk yak,mak.

Mak..segala pengorbanan&kasih sayang mak akan tetap menjadi kekuatan untuk yak berada di perantauan ini.

Semoga Kasih Sayang Ilahi sentiasa bersama mak selalu. Semoga Rahmat Ilahi sentiasa mengiringi keluarga kita selalu.Amin.
(^_^)

No comments:

Post a Comment