Monday, December 13, 2010

~Kenangan ku bersama ibu & adik umi di Kuala Lumpur~

Dua hari yang lepas merupakan saat-saat yang paling best. Ibu & adik umi yang tersayang datang menjengukku setelah dipaksa. Akhirnya mereka menjejakkan kaki jugak ke bandaraya kl ini.Especially adik umi. Suka sekali melihat wajah ibu & adik umi tersenyum riang.Terima kasih buat ibu & adik umi kerana sudi menemani ku walaupun hanya sekejap saja. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sehingga kini aku masih diberi peluang & kesempatan untuk berbakti dengan keluarga ku. Aku mengajak ibu & adik umi ke kl ni untuk menggembirakan mereka. Sekurang-kurangnya berkesempatan gak aku bermanjaan & bersayang-sayang dengan mereka. Cewah..Boleh gak aku tunjuk barang-barang yang dibeli bersempena hari bahagia ku nanti.
Ringan gak rasa kerinduan aku dengan mak di kala ini. Dulu aku rasa homesick sangat2. Alhamdulillah..setelah aku melihat ibu & adik umi dalam keadaan sihat & ceria aku bersyukur kerana doa kesejahteraan sentiasa mengiringi keluargaku di mana saja mereka berada. Hari Khamis ibu & adik akan pulang semula ke Sarikei, Sarawak. Tinggal semula aku dok sorang2 kat dalam bilik bujang ku nanti..huhu..

2 comments:

  1. hari bahagia tu maknanya hari bersama-sama keluarga tersayang..almaklumla lame sgt rsnye tak jumpe keluarga..saje nak bagi suspen..hehe..hepi rsnye bile dpt jumpe mak & adik umi.. :_)

    ReplyDelete