Wednesday, January 19, 2011

~22.1.2011~

~Alhamdulillah...hari yang ditunggu semakin menghampiri. Walaupun adakalanya dugaan datang menjenguk, tetapi berbekalkan kekuatan hati, ketabahan & kesabaran yang Allah swt anugerahkan, aku sebagai hamba Nya yakin & mampu untuk mengharunginya. Segalanya ku serah kepada Ketentuan Ilahi, seandainya telah kau takdirkan yang terbaik untukku, aku menerima segala yang dianugerahkan dengan redha. Sesungguhnya Allah swt sentiasa mendengar kata hati kita walaupun tanpa diluahkan melalui kata-kata. Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan manis & juga pahit buat diriku. Masam manis pun ada..hehe. Semakin meningkat dewasa, pelbagai dugaan yang Allah swt uji kepada kita untuk menjadikan kita lebih matang dan mempelajari setiap kesilapan sebagai pengajaran berguna bagi kita agar tidak mengulanginya lagi di masa depan.~
 
~Kalau dulu aku selalu bertindak sendirian tanpa dinasihati oleh sesiapa. Tetapi kini, alhamdulillah dengan sokongan yang sentiasa ada membuatkan aku bersemangat semula untuk menjalani kehidupan ini dengan penuh yakin dan mengharapkan agar impian yang dicitakan menjadi kenyataan. Setiap perkhabaran gembira pasti akan ada perkhabaran sedih. Namun aku yakin Allah swt pasti akan menunjukkan jalan bagi setiap kesulitan & kesukaran yang dihadapi. Aku mengharapkan agar Allah swt sentiasa menunjukkan jalan yang terbaik setiap apa aku lakukan. Buat sahabat-sahabat ku yang memahami, maaf ku pohon atas segala yang berlaku kerana apa yang telah terjadi tidak disengajakan.~

~22.1.2011..merupakan tarikh istimewa. Salah satunya tarikh sambutan ulangtahun salah seorang kawan di opisku. Yang ke berapa agaknya kan?..Tanyanya empunya badannya sendiri. Dan dia juga bakal beraksi dalam futsal tournament yang juga berlangsung pada tarikh yang sama di Putrajaya nanti. Jeng..jeng..jeng..siapakah orangnye? Hehe..Tak tahu lagi?..okla bagi satu klu je yerk..dia merupakan salah seorang follower blog ini..bermula dengan huruf N..berakhir dengan huruf M.. :P Hopefully MdI WPKL menang Top 3 pun ok gak..Tuah baju Jersey Kuning..Harimau Belang MdI WPKL..hehe..Jangan mare yerk kapitan Chalie..Rugi tak dapat nak join jadi pom pom girl. Takpe sokongan padu dari jauh buat kawan-kawan semua yerk.. :_) ~

~InsyaAllah..sekiranya diizinkan Allah swt. Tarikh istimewa ni juga aku bakal bergelar tunangan orang. Pasti banyak yang perlu dipelajari selepas ini. Alhamdulillah..aku bersyukur dengan Rezeki & Rahmat yang Allah swt kurniakan. Dengan iringan doa daripada keluarga dan kawan-kawan tersayang, aku berharap agar majlis merisik dan pertunangan ku nanti berjalan dengan lancar. Sesungguhnya Allah swt yang menentukan segalanya.Amin.~

~Terima kasih buat ibu, ayah & adik-adik semua kerana bersusah payah menyiapkan segala persiapan. Terutama buat ibu tersayang, doa & restu anakanda mohon agar kebahagiaan sentiasa mengiringi. Semoga Allah swt sentiasa mengurniakan Cahaya Kesejahteraan & Cahaya Rahmat buat ibu, ayah & adik-adik semua. :_) ~

~Terima kasih juga buat kak ina & adik eja kerana telah bertungkus lumus untuk menyiapkan perhiasan hantaran yang cantik-cantik gitu. Buat yang tersayang abang jamaluddin yang sentiasa memberi semangat setiap kali memerlukan..Hehe..Terjiwangs karats pulaks... :P~

~Buat yang tersayang abang Jamaluddin..Semoga ikatan yang bakal termeterai ini berkekalan sehingga tibanya saat di ijab kabul nanti.InsyaAllah..kita sama-sama tabah & kuat mengharungi setiap dugaan yang mendatang. Semoga Cahaya Keredhaan Allah swt sentiasa mengiringi kita bersama. Amin.~

~Kejap lagi aku berangkat ke rumah bakal mertuaku. Malam ni aku 'berghambeh' di sana & esok pukul 10.00 pagi aku berangkat ke LCCT bersama rombongan 'cik kiah'. Apa agaknya amanat bakal bapak mertuaku nanti buatku. Takut & berdebar-debar rasanya..Hehe... :P~

~Nasib baik upacara 'packing-memacking', da siap..tapi aku masih mengadap Laptop lagi. Laptop terpaksa ditinggalkan kerana tak dapat nak bawak Laptop bersama sebab barang-barang yang nak di bawa nanti banyak gak..jadi aku 'rest' kejap daripada m'o9 nanti yerk..~

~Okla..hopefully semuanya berjalan dengan lancar..sat balik dari kampung nanti..InsyaAllah akan di upload gambar-gambar..Tunggu yerk..~


~Semoga kebahagiaan & kegembiraan sentiasa mengiringi kita semua~ (^_^)



   

No comments:

Post a Comment