Friday, October 29, 2010

~Tahajjud Cinta~

Kegelapan malam menyelimuti diri...
Nun jauh di sana ku lihat cahaya rembulan menyinari hari...
Alangkah indahnya cahaya rembulan di malam hari.


Syahdu sungguh ku rasakan...
Ku lihat cahayamu menerangi bayang-bayangku...
Ku hanyut di sebalik kenangan silam...
Penceritaan suka & duka yang ku nukilkan...
Sebagai kamus pengajaran.


Ku tetap teguh berdiri...
Walau di hadapanku perjalanan berduri...
Akan sanggup ku redahi ...
Demi keinginan hati...
Demi kebahagiaan sejati.


Cinta & Kasih Sayang ku sulam bersama untaian doa...
Demi kebahagiaan insan-insan yang ku sayang...
Kurniakanlah Cahaya Petunjuk Mu & suluhilah perjalanan hidupku...
Semoga Cahaya Keredhaan Mu mengiringi perjalanan Tahajjud Cintaku


Nukilan ini ditujukan istimewa buat ibu, ayah & adik-adik yg sangat disayangi. Walaupun jauh dimata, kasih & sayang kakak tidak akan pudar sampai bila-bila. Semoga Allah swt mengurniakan rahmat yang terindah buat semua.
(^_^)


~Nukilan Hati~Mizz Jue~8 Februari 2010~8.45pm~

~Mak....jangan risau yerk~

Alahai...dunia..semakin hari manusia semakin rakus menjadi 'pembunuh.' Semalam ade lagi berita tentang pembunuhan kejam berlaku berdekatan dengan area ampang.Berdekatan bukit perdana rasanya.Hopefully mak tak tengok berita malam tadi.Kalau dia tengok mesti dia risau.Sebab macam-macam bende berlaku kak kuala lumpur ney.Pernah sekali mak tiba-tiba telefon sebab risau sangat2 kat anaknye kat kuala lumpur ney.Walaupun aku sudah besar..sudah dewasa tetapi kadang-kadang aku rasa mak masih menganggap aku macam budak kecil lagi.Itulah mak yang selalu risaukan keselamatan anak daranye yang jauh daripada depan matanya.Mak jangan risau tentang keselamatan yak.InsyaAllah yak baik je kat sini.

Yang lebih merisaukan,kesihatan mak kat rumah.Setiap bulan buat medical checkup tanpa ditemani sesiapa kat kuching.Sekiranya yak tak jauh kat kuala lumpur ney,yak pasti akan temani mak.Mak bersabar yerk.Yak sentiasa doakan kesihatan&kesejahteraan mak selalu.Semoga Allah swt melindungi kita sekeluarga.InsyaAllah kalau takde pa2 nanti..raya haji ney yak balik walaupun tak lame.Yak akan bawa rendang daging istimewa pakcik salleh&tempoyak nanti..hehe.Istimewa masakan orang minang.Cewah..Itu pesanan mak kan.Tudung pun yak sudah beli.Minggu depan yak kirim kat mak.Cantik sangat2 first impression katakan.

Mak jangan risau keselamatan yak kat sini yerk.Sekarang ney sudah ade orang jaga yak.Pergi tempat mana2 pun sudah ade bodyguard teman.Hehe..kalau yak nak pergi mana2 pun yak akan bagitau dia.Mak jangan risau yerk.InsyaAllah dia akan jaga yak dengan baik.Sepertimana dia katakan pada mak.Yak sudah menjadi sebahagian tanggungjawab&amanah dia.

Mak, walaupun dimana saja yak berada yak pasti takkan lupakan mak.InsyaAllah yak akan jaga mak sampai bila2.Yak sentiasa doakan yang terbaik untuk mak.Doakan yang terbaik juga untuk yak,mak.

Mak..segala pengorbanan&kasih sayang mak akan tetap menjadi kekuatan untuk yak berada di perantauan ini.

Semoga Kasih Sayang Ilahi sentiasa bersama mak selalu. Semoga Rahmat Ilahi sentiasa mengiringi keluarga kita selalu.Amin.
(^_^)

Thursday, October 28, 2010

~Rehat Jap~

Salam...ari ney hari jumaat.Tak sabar nak gi shopping kat jalan TAR tghari nanti.hehe..Tp kalo ujan cancel ke hjg minggulah pulak..anyway ari ney sejuk sgt2 kat dlm opis ney..tp rs segar sgt2 pas bersukan smlm..cewah.Jap lagi nak buat senarai nak beli shopping.Nak borong kain pas ney lame da tak buat baju.

Jap lagi adela client nak jumpa tu.Biaselah keje kat MdIWPKL jadi officer a.k.a counselor gak.Macam2 karenah bole jumpa.Kalau berminat joinla keje kat tpt kitaorg yerk..hehe.Banyak lagi kekosongan..haha

Okla..chow dulu.Nak buat keje sat.Kalau ketua nampak aniaya nanti.

Selamat bekerja & berfikir di hari jumaat yang mulia ini.
Peace No War (^_^)

Wednesday, October 27, 2010

Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta


p/s: my fav song ever..tetap maintain jd hp ringtone..walaupun da agak lama tp lagu ni banyak meninggalkan kenangan buat aku..mengingatkan aku dengan citer Aliff Firdaus..sometimes aku rasa citer tu ade sikit2 persamaan dgn perjalanan hidup aku..best lagu ni..mendalam&tersirat di sebalik bait-bait lirik kata(^_^)Enjoy

Lirik lagu Tahajjud Cinta
 
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan


Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci


Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga



Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu



Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahaya
Tunjukku ke jalan syurga


Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga


Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

~Mahar Cinta~

Ku lukiskan renunganmu di sebalik jendela hati..
Betapa ianya menusuk di kalbu..
Indah & tenang sesuci bak hembusan angin..
Bawaku terbang ke alam mimpi..
Adakah dirimu merasai getarannya jua..
Getaran puitis yang indah berlagu di hati..


Jauh di sudut hati..
Ketakutan menguasai diri..
Kenangan semalam menggamit diri..
Kelukaan silam menjadi memori ..
Doaku pada Ilahi..
Agar ianya tidak terulang lagi..


Ku biarkan getaran puitis berlagu di hati..
Mungkin sekadar dugaan menghampiri..
Ku tetap teruskan jua perjalanan ini..
Menjadi pujangga setia..
Mencari mahar cinta yang berharga..
Menjadi hantaran cinta sejati.


~Nyanyian Hati~Mizz Jue~24 Januari 2010~Jam 8.24AM~

Monday, October 25, 2010

Cuti panjang bulan Januari 2011...betul ke???

Betul ke apa yg aku dengar jap tadi?? Salah sorang collegue kat ofis kate kalo nak apply cuti bulan januari 2011 bole apply nak dekat hujung bulan tu..pas tu bole direct terus bercuti sakan dgn cuti peristiwa, cuti semasa, cuti hujung minggu, bla bla bla...ahaks...bolela cuti panjang pas ni..hehe

Tapi..no wonderla tiket flight balik sarawak mahal hujung bulan januari 2011. Survey kat MAS & Airasia sumernya harga mcm 'harga jual kayu balak' p/s: seperti org zaman dulu-dulu cakap.

Dengar2 ade ramai gak collegues ofis yg decide nak cuti2 malaysia hujung bulan januari 2011 nanti.

Plan rahsia nak balik dalam bulan januari 2011 sebab ade 'misi' yang perlu diselesaikan. InsyaAllah..doa-doakanlah yerk agar semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Da nak habis tahun 2010. Tapi banyak lagi benda tak tercapai. Alamatnya.. forward ke tahun depan jadinya. Nanti kita share mcm-mcm cerita lagi yerk.

(^_^) Peace No War

Sunday, October 24, 2010

~Mutiara Kata Yang Indah~

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang tersangat ingin mempunyai anak.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang insan pun yang dilahirkan sempurna kecuali Maha Pencipta.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan kerana kita masih berpeluang hidup di Hamparan Terindah Ciptaan Nya.

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله




p/s: lagu ni memang best terutamanya bile kite tgh sedih2..kecewa..jiwa kacau..insyaAllah..Maha Pencipta sentiasa berada di sisi kite di mana saja kite berada (^_^) Enjoy

~Ayah & Ibu~

Cerita ini ku nukilkan sekadar ingatan buat tatapan semua. Bukan senang menjadi seorang kakak sulong tunggal di dalam keluarga. Amanah yang ditatang terlalu berat untuk dipikul. Sehinggakan adakalanya berfikir sejenak "kenapalah aku tidak dilahirkan sebagai seorang abang?"Dari kecil kita melihat perjalanan ibu & ayah kita yang menjaga anak-anak seperti menatang minyak yang penuh. Tetapi, malangnya anak-anak yang dijagai ketika kecil itu sesudah dewasa seumpama kacang yang melupakan kulit.

Ibu & ayah yang semakin hari meningkat tua diperlakukan seperti Al-Quran buruk. Anak-anak tergamak menyisihkan mereka demi impian yang dicita serta sanggup melakukan apa sahaja tanpa mendapat restu daripada kedua orang tua mereka. Tidakkah anak-anak sedar akan kesilapan mereka & cuba untuk mengenang kembali betapa peritnya hidup kedua ibu & ayah mereka serta sanggup menjadi lilin demi melihat kebahagiaan mereka di masa depan. Tetapi, setelah impian yang dicita tercapai, segala pengorbanan kedua orang tua mereka dilupakan.

Begitu kejam anak-anak zaman sekarang. Walaupun kita bukan daripada darah daging daripada ibu & ayah kita, tetapi selagi bergelar seorang ibu & ayah, selagi itulah betapa mulianya darjat mereka disisi Yang Maha Esa. Sejahat-jahat ibu & ayah kita, mereka tetap ibu & ayah yang melahirkan & mendidik kita sehingga menjadi seorang insan yang berguna. Hanya doa yang dipinta daripada Yang Maha Esa agar dibukakan hati mereka untuk kembali semula ke jalan yang diredhai oleh Nya.

Sehingga kini kita sedar bahawa amanah itu adalah berat untuk dipikul seorang diri.Tetapi kita percaya bahawa Yang Maha Esa sentiasa berada di sisi kita untuk memberikan kekuatan hati, ketabahan & kesabaran untuk menempuhi perjalanan yang mendatang. Semoga suatu hari nanti ada nur kasih buat keluarga kita.