Monday, November 8, 2010

~Bicara hati seorang anak~

"Mungkin dapat ko ingat setiap kali masuk universiti nak ambik konvo ijazah & diikuti terima tawaran kat kl mak fkr pjg2..walaupun perit dilalui..dgn linangan air mata dgn apa cara sekali pun ianya tetap diteruskan&sekali tok ade perkara lagi akan kita lalui..Allah mendengar rintihan kita sebab apa yang kita nak lalui ini adalah Ketentuan Allah swt." Itulah kata2 hati seorang ibu terhadap anaknya.

Rasa sedih bila mengenangkan pergorbanan mak terhadap diriku&adik-adikku selama ini.Aku masih ingat lagi bila aku&adik-adikku sakit, mak yang gusar sekali mencari penawarnya.Maklah ibu..maklah ayah.Ketika itu,ayah selalu outstation.Bila hujan turun dengan lebat diiringi dengan guruh yang berdentum.Mak tetap setia berada di samping kami.Berjaga malam takut anak2nya terjaga.Takut nyamuk melewati badan anak2nya.

Tidak termampu untukku membalas segala pergorbanan&kasih sayang yang telah  mak curahkan ke atas diriku dan adik-adikku.Hanya Allah swt yang mampu membalas segala kebaikan mak selama menjagai aku dan juga adik-adikku.Maafkan kami kerana banyak menyusahkan & membebankan mak selama ini..selalu menyebabkan mak menangis..selalu menyakitkan hati mak.

Sekalung doa ku hadiahkan buat mak&ayah yang sangat ku sayangi.
Semoga Cahaya Iman&Kasih Sayang Allah swt sentiasa mengiringi perjalanan mak&ayah di Hamparan Terindah Ciptaan Ilahi. (~_~)

1 comment:

  1. insyaAllah jue..:) memang tidak ada kasih sayang yang lebih agung daripada kasih sayang ibu bapa.. :) :) moga kita terus dikurniakan rezeki yang baik agar dapat kita terus berbakti kepada mereka selagi hayat kita ada kan... huhuhuuu

    ReplyDelete