Friday, November 5, 2010

~Doaku buat seorang sahabat~

“Cinta & Kasih Sayang tidak perlu berbicara..kerana dua hati yang suci kini bertautan & saling melakar pengisahan cerita suka & duka demi menggapai Cinta Agung kepada Yang Maha Esa..” 


Ya Allah Ya Tuhanku..Jagai aku di dalam Nur Hidayah-Mu yang bergemerlapan..
Aku bersyukur kerana dikurniakan begitu banyak Anugerah-Mu yang tercipta begitu indah sekali..

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui & Mengkehendaki segalanya..Aku redha terhadap segala apa yang telah Kau tentukan..

Cinta itu fitrah hati..Aku bersyukur kerana Kau mengurniakan perasaan terindah ini untuk lebih mendekati-Mu..Alhamdulillah..

Tenangkanlah jiwaku ini & berikanlah aku kekuatan, kesabaran & ketabahan untuk menghadapinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..Aku bermohon pada-Mu..Anugerahkanlah kebahagiaan yang indah terhadap insan yang ku sayangi ini..Seorang insan yang sentiasa hadir di saat ku kekhilafan..Jagailah dirinya dalam Suluhan Cahaya Cinta-Mu..

Ya Allah Ya Tuhanku..Lindungilah dirinya daripada segala kesusahan & penderitaan..Kurniakanlah kesihatan yang baik terhadap dirinya..

Ya Allah Ya Tuhanku..Sesungguhnya Kau Lebih Mengetahui apa yang terbaik untukku & dirinya..Aku bermohon pada-Mu..Sekiranya dia tercipta untukku..Aku bersyukur..

Aku akan berusaha memperbaiki setiap kelemahanku..Aku akan berusaha membahagiakannya..Aku akan sentiasa bersamanya mengharungi liku kehidupan ini..

Ya Allah Ya Tuhanku..Satukanlah hati kami..Titipkanlah kerinduan di hati kami..Mekarkanlah Cinta & Kasih Sayang di antara kami..Jadikanlah kami pasangan yang mensyukuri nikmat & anugerah-Mu..

Jauhilah pandangan kami daripada panahan syaitan..Sinarilah hati kami dengan Nur Ilahi & Nur Iman yang terindah..

Satukanlah kami dalam ikatan suci yang mengikat dua hati demi menggapai Cinta & Kasih Sayang-Mu Ya Rabbi..

Ya Allah Ya Tuhanku..Aku redha atas setiap ketentuan-Mu..Setiap yang Kau Mengkehendaki pasti ada hikmah disebaliknya..Aku hanya mampu berusaha & berikhtiar..

Tetapkanlah imanku agar tidak berpaling daripada Cinta-Mu..Kuatkanlah keyakinanku & semangatku untuk menghadapi ketentuan-Mu..

Sahabatku..Sekiranya dirimu bukan tercipta untukku..Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu..

Agar dirimu dipertemukan seorang insan yang akan membahagiakan dirimu..Menjadi tongkat kepada semangatmu..Seorang insan yang amat menyayangimu..

Sanggup berduka ketikamu derita..Ketawa ketikamu gembira..Cintailah dirinya & terimalah segala kekurangan & kelebihan yang ada pada dirinya..Bahagiakanlah dirinya dengan setiap senyuman & gurauan sendamu..

Ya Allah Ya Tuhanku..Aku bersyukur kerana Kau telah menciptakan kenangan yang terindah antara kami..Kenangan terindah ini akan tetap terpahat di hatiku buat selamanya..

Usaikanlah kami dalam ikatan persahabatan & ukhuwah persaudaraan..Aku akan sentiasa berdoa agar ikatan persahabatan ini akan berkekalan selamanya..

Semoga kebahagiaan & kegembiraan sentiasa mengiringimu..Sahabatku..Surah Al-Fatihah akan sentiasa ku alunkan demi kesejahteraanmu..Semoga Allah swt mengurniakan Nur Ilahi & membuka pintu hati mu yang tulus untuk mendekati Nur Islam yang indah..

Insyaallah..Nama Muhammad Riyaad Imaan tetap ku lakar di hatiku sempena kedatanganmu sebagai seorang Muslimin. Seindah Nama Muhammad Riyaad Imaan..Seorang insan yang terpuji & dirahmati..diserlahi taman keimanan yang mewangi..Amin.

~Nukilan Doa~Mizz Jue~4 Februari 2009~Jam 12.00AM~

No comments:

Post a Comment