Monday, November 8, 2010

~ku pujuk hati..tapi air mata tetap jatuh juga~

Sebulan lalu aku apply tiket free dr jabatan aku.Almaklum,jabatan tpt aku keje bagi tiket free sekali setahun.Raya ni aku tak guna tiket tu sebab balik berdua.Takut nanti time balik tak sama.Tapi tadi admin kat jabatan aku baru bgtau tiket free untuk kitaorg balik sabah ataupun sarawak kene 'freeze' gara2 jabatan xde budget.Aku memang dah agak dah.Tapi nak buat macam mane dah jabatan xde duit.

Yang paling aku rasa terkilan sgt2 sebab nape tak bagitau awal2.Taklah aku apply tiket free tu.Sempat lagi kalau nak book tiket time tu.Kene faham jugak situasi 'orang jauh' macam aku ni.Bukan setakat 'naik belon' je terus sampai rumah kene transit 3-6 jam naik bot ataupun bas baru sampai rumah.Tadi aku bagitau kat mak aku,dia macam tak percaya je.'Keje kat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bawah 'Federal' pulak tu tapi sikkan 'jabatan besar' tempat ko keje sik da budget.Bandaraya besar.'Pas tu dengarlah mak aku tu berleter panjang.Bukan ape aku balik ni pun atas permintaan mak aku.Sebab aku tahu raya hari tu aku da cuti lama kesian dengan kengkawan dlm group aku nanti.Takkan raya haji pun aku nak bercuti lame.Tapi, nak buat macam mane.Takkanlah sanggup nak menolak permintaan mak sendiri.

Sebelum berangkat balik ke kl lepas raya hari tu mak sempat berpesan..'Raya haji kelak jangan sik balik.Banyak perkara penting yang mak nak bincang dengan ko.Mak sik mampu nak fikir&buat semua tu seorang diri..kudrat seorang diri.Jangan lupe embak rendang daging macam jamal berik raya lepas.Tempoyak pun embak juak.Kat sarikei bukan musim durian,sik adalah tempoyak.Teringin mak maok makan.Mak pun rindu juak nak rasa masakan ko.Bila agik kita boleh berkumpul sama2.'Bila aku ingat balik kata-kata mak tu,apa lagi luluhlah rasa hati aku.Tadi pun mak asyik ulang bende yang same.Aku cuba pujuk hati aku untuk 'kuat' tapi tak tertahan rasa sebak hati aku ni..tapi air mata tetap jatuh juga.Aku cuma harap mak bersabar&tunggu akhir bulan satu tahun depan sebab aku balik ke kampung nanti.InsyaAllah time tu nanti aku balik berteman.

Mungkin ade hikmah disebalik apa yang ditentukan ini.Aku cuma harap kesudahannya baik2 saja nanti.Banyak betul perkara berlaku pada penghujung tahun ini.Kadang-kadang aku rasa 'sesak' sangat hati aku menanggung seorang diri.Tapi nak buat macam mane.Aku takde abang ataupun kakak untuk mengadu.Akulah 'abang' & aku jugalah 'kakak' dlm keluarga aku.Apapun aku kene cari jalan penyelesaian sendiri.Aku percaya Allah swt sentiasa berada di sisi kita bila kita disaat kesulitan.Orang lain yang sekadar melihat situasi kita takkan memahami kesulitan keadaan kita kecualilah mereka sendiri mengalaminya.Orang hanya akan ingat kita mungkin 'manja' sangat dengan mak ataupun ayah kita sebab asyik nak balik kampung.Tapi sebaliknya ade amanah yang terpaksa dipikul yang orang lain takkan tahu betapa peritnya amanah yang dipikul itu.Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.Aku tetap bersabar walaupun saat ini aku rasa terkilan&sedih sangat2. :(

"Maafkan yak, mak sebab sik dapat balit bukan sebab sengaja tapi keadaan sik mengizinkan yak untuk balik.Mak bersabar yerk tunggu hujung bulan januari tahun depan.." 

No comments:

Post a Comment