Friday, November 5, 2010

~Macam-macam mizz jue~

Tinggal beberapa hari lagi kita bakal melangkah ke tahun 2011. Tak lame lagi kene set azam baru untuk tahun 2011. Semoga azam tahun 2010 tercapai seperti yang dirancang.Bagi yang belum tercapai tu tak mengapa selagi ade kesempatan masih ade banyak masa untuk memperbaiki diri.Aku pulak merasakan semakin meniti hari-hari yang berlalu banyak mematangkan diriku.Pelbagai kenangan pahit dan manis yang dilalui ternyata mendewasakan aku.Sometimes hepi..sometimes down..begitulah lumrah kehidupan.Bagi sesiapa yang menempuh saat-saat getir sekarang ni banyakkan bersabar.Kini, Allah swt sedang mengujimu samada mampu bertahan dengan setiap ujian diberikan.Pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.Cuma hikmahnya 'biarlah rahsia' dulu.InsyaAllah pasti yang terbaik tersedia buatmu.

Last week aku,sharidah & nurhaiza pergi jalan2.Sharidah yang jadi driver kitaorang.Walaupun hujan tapi syok jugak tengok 'negeri orang' katakan.Alhamdulillah berpeluang jugak aku menjejakkan kaki ke kota bersejarah, Melaka.Tapi sayang, banyak lagi tempat2 menarik yang tak sempat pergi sebab tak cukup masa. Menara Taming Sari pun tak sempat nak pergi sebab barisan orang2 yang nak naik panjang sangat2.Next time kalau umur panjang boleh pergi lagi. InsyaAllah..

Tak sangka masakan orang Melaka sedap sangat2.Terutamanya..masakan asam pedas.Hari tu kitaorang makan asam pedas ikan..(p/s: lupe jenis ikan ape),ikan merah masak singgang&jantung pisang masak lemak.Marvellous sgt2 tak pernah lagi aku makan.Nanti bile aku balik kampung kat sarikei nanti aku nak cuba masak.Mesti mak&ayah suke.Hari tu aku masak ikan tenggiri asam pedas..ayahku puji..katanye sedap..ahaks..(^_^)(p/s: hobiku suke main masak2 untuk keluarga).Lepas tu,aku masak gulai pucuk manis..yummy yummy.

Suke tengok bila ayah,mak&adik2 tambah nasi time makan.Sumernye aku dapat resepi bila aku stay kat kl ni.Patutlah orang kata kl ni mewah sangat2 dengan makanan.Makanan sedunia pun ade kat kl ni.Time raya hari tu tak sempat nak buat udang masak sambal petai sebab takde udang jual kat sarikei.Agaknya udang-udang kat sarikei dah pupus kot.Beberapa kali aku balik pasti pasar borong kat sarikei tu langsung takde jual udang.Harap-harap kali ni aku balik kampung udang ade jual kat sarikei tu.

Pasti seronok bila bersama dengan yang tersayang kan.Kadang-kadang bile banyak masalah pun..bile kita berdamping,berbual dengan mak,ayah & adik2..hilang sumer2 keresahan di hati.Ehmmm..rindunya kat mak&ayah kat kampung.Kalau aku punyai pesawat ringanku sendiri pasti hari2 aku balik..(^_^).Mak,ayah,adik umi&adik myrul..bile yak balik kampung nanti yak cube masakan terbaru untuk korang yerk..harap2 menjadi..ahaks(^_^).

Nak tahu..aku join kelab futsal kat tempat keje aku.Walaupun tak pandai sepak bola tu..saje nak menyibuk lagipun seronok jugak dapat buang segala peluh&toksin2 jahat yang terkumpul dalam badan..ahaks(^_^).Thanks chalie coz ajak aku join sekali.

Pagi tadi aku keluar breakfast a.k.a lunch kat kampung baru.Sedap makan ala carte kat situ.Murah pun murah.Tadi makan ikan jacket@cencaru bakar kat situ.Tetiba aku teringat bile aku masak ikan tu bile kat kampung dulu.Bukan main susah lagi nak buka 'jacket' ikan tu..ahaks(^_^).Pisau kena asah banyak kali.Nasib baik 'jacket' ikan tu terbuka akhirnya.Saja aku diuji time tu.Kalau aku ingat balik senyum sendiri aku dibuatnya.

Oklah..chow dulu..nak sambung makan buah-buahan beli kat kampung baru tadi.Baru aku tahu kat kampung baru rupanya tempat gedung beli buah-buahan tempatan rupa-rupanya.Tadi terpandang cencalu,pekasam&air budu pun ade terjual kat situ.

Selamat berhujung minggu..restkan badan&minda dengan aktiviti berfaedah k..ahaks (^_^)

No comments:

Post a Comment